Friday, December 26, 2008

MEE KARI UDANG


MUahahahha... musim udang galah sudah mali ooOOO... dapat pulak yg tengah bertelur.. perghhh... walllaaaaaa.... hehehhe... x sanggup nak cakap.. takut nanti ramai yg terliur.. :P

Dinner semalam ni.. masuk n3 hari ni sbb smlmnyer n3 dah penuh..kekekeke..

Nak resipi x? x nak ek?.. x per².. tuan umah saaannnggaat rajin... nak jugak bagi .. :P

BAHAN-BAHAN
  • 2 peket mee kuning
  • (bahan ditumbuk lumat) *
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 3 ulas bawang merah
  • * cili kering (ikut tahap kepedasan memasing) - sy letak 2 sdb pes cili buat sendiri)
  • 2 sudu serbuk kari ayam/daging
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit kayu manis, bunga lawang n cengkih (utk bau wangi)
  • 16 ekor udang harimau (kalo nak lebih pon bole aje!)
  • 2 peket fish ball & 2 keping fish cake
  • 1 peket tau pok (tauhu kering) - dibelah 2
  • Santan kelapa secukupnyer
  • Sayur sawi, taugeh, daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus
  • 2 ketul kiub ayam dan sedikit garam - sesedap rasa

Cara-Cara :
  1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat yg telah dicampur dgn serbuk kari dan daun kari - tumis sehingga wangi
  2. Masukkan udang dan kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam & kiub ayam sambil tu dikacau selalu - supaya x pecah minyak nnt x cantik kuah tu..
  4. Apabila sudah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish cake dan tau pok tadi.. biarkan mendidih sekali lagi dan bule ler ditutup api.. rasa dulu ye.. dah cukup belum rasanya...
  5. Mee dan sayur tadi bule le dicelur sebelum dihidang bersama dengan kuah dan bahan hiasan yg lain... selamat menjamu selera!...


p/s.Untuk S_Shamen.. yg dah lama tunggu resipi mee kari.. tu.. bule ler tukar udang kepada kerang.. cuma kerang direbus setengah masak, kopek dan masukkan sedikit ketika memasak kuah dan selebihnya.. ketika hendak dihidang.. senang jer.. :) - maap ye.. lama tunggu resepi ni.. :P

2 comments:

Rafizah Nordin said...

mak oiiii udang tu buat che' telan ayaq liuq kak masz....

masz_73 said...

fiza.. awat hang dok telan ayaq liuq.. meh dtg sini.. akak bg telan kuah kari ngan udang tu.. kkekekkeke.. :P