- 300gm daging kisar
- 1 biji bawang besar *
- 4 ulas bawang putih *
- 1/2 tin cendawan butang *
- 1 tin kecil tomato paste
- 2 sdb lada hitam - ditumbuk halus
- 1 sdb Italian mixed herbs
- garam dan perasa secukup rasa
- air secukupnya
Bahan2 sos putih :
- 2 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum
- 250 ml susu segar
- 100gm mozarella/cheddar cheese
- lada hitam dan garam secukup rasa
Bahan2 tambahan :
kepingan Instant lasagna (biasa guna brand SAN REMO), mozarella/cheddar cheese
Cara2 membuatnya :
Sediakan kedua-dua sos.. sos daging - tumis bahan * yang telah dicincang, masukkan daging kisar dan direneh sebentar.. kemudian masukkan tomato paste, garam, lada hitam dan perasa serta mixed herbs.. biarkan mendidih sehingga masak dan sesedap rasa. ketepikan
Sos putih - panaskan butter, alihkan dari api masukkan tepung dan dikacau rata, kemudian letak atas api balik, masukkan pula susu segar, garam dan lada hitam kacau sehingga pekat kemudian masukkan mozarella cis..kacau lagi dan tutup api ketepikan.
Cara2 melapis lasagna : mula2 1) sendukkan sos daging 2) sos putih 3) kepingan lasangna.. ulang cara2 melapis tapi pastikan tidak melebihi paras mangkuk/bekas yg diguna.. lapisan terakhir kepingan lasagna, sos daging, sos putih dan taburkan mozarella/cheddar cis seberapa banyak yang anda mahu... bakar didalam oven 180C selama 35-40 minit.. bergantung oven masing/sehingga cis kelihatan sedikit perang.
p/s. jika mahu lebih detail.. beli instant lasagna brand SAN REMO terdpt resipi dibhg belakang kotak.. :P
No comments:
Post a Comment