Friday, February 6, 2009

AYAM GORENG BEREMPAH

ayam goreng berempahku yg ireng :D

Memang bercinta betul nak goreng ayam ni larrr... tp kesian pulaks kat bebudak kat umah ni.. especially dak zery tu... alergik kalo x dapat makan ayam! :P

Amik resipi kak fida mama fofular kat myr tu.. hmmmm... sedap arrr... :) tq kak fida..

Macam bese... C&P dari umah Hana jer larr ek!.. :P jgn mara arr...

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam - dipotong 8
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan serbuk manis - nih hana tmbh
  • 1 sudu kecil serai kisar - nih pon hana tmbh
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
  • Halia - sebesar saiz ibu jari
  • 1/2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • daun kari

Cara-cara

  1. Tumbuk bersama-sama kunyit, halia dan garam sehingga 1/2 lumat
  2. Masukkan pula bawang merah, bawang putih, garam dan gula. Tumbuk lagi.
  3. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi beserta dengan serbuk jintan putih,jintan manis dan serbuk ketumbar pada ayam sehingga rata
  4. Perapkan ayam antara 15 - 20 minit- hana perap satu jam!lg lama perap lagi sedap! :)
  5. Akhir sekali, goreng menggunakan api sederhana serta daun kari skali. baunyerr sungguh wangi skali!

No comments: