Friday, January 16, 2009

MEE SUP MAK MILAH



Kesian kat mybonda hari ni beliau sakit.. tetiba demam, selsema & batuk... :(

Balik dari keje tadi tanya dia rasa nak makan apa? bese larr kan.. bukan selalu dapat berkhidmat dengan mak kita.. dah ler duduk beratus batu jauhnyer.. sesekali dapat ler jugak merasa membalas budi dengan menjaga sakit pening seorang ibu yang telah melahirkan kita didunia ini.. ahaksss.. tangkap syahdu tuuuu... :P mybonda kata nak makan yg jenis sup... so aku suggest buatkan dia mee sup.. dia angguk jer..

maap ler dlm mangkuk ni mmg x de mee/meehoon.. :)
sbb boleh dimakan dengan nasi juga



Resipi ni ialah dari MIL ku yg sowang iteww.. (itu nama timangan dia larr.. :P )

bahan2
  • Sebungkus mee kuning/bihun
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 sdb lada hitam - ditumbuk halus
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 700ml air / secukupnyer
  • garam secukupnyer
  • 2 kiub ayam - jika tiada daging ayam segar yg dipotong kecil
  • udang segar secukupnyer
  • sayur-sayuran - kobis/sawi/carrot
  • fishball/cake - jika mahu
  • crab stick

Cara2
  • tumis bawang2 yg telah ditumbuk tadi sehingga wangi, kemudian masukkan air.. biarkan mendidih (tutup kuali/periuk)
  • bila kuah sudah mendidih masukkan udang, daging ayam (jika ada)/ kiub ayam & garam jika perlu, kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk halus - tutup semula kuali
  • masukkan batang sawi dan diikuti dengan bahan2 yang lain biarkan seketika kemudian boleh lar dihidangkan bersama-sama mee kuning/beehoon..
tips : kuali/periuk ditutup ketika memasak supaya aromanyer sentiasa berada didalam periuk sahaja.. itu sebab supnyer berbau wangi... & harum.. sgt2 membuka selera... selamat mencuba!..


aaarrgg... mmg tuan umah sgt2 mengantuksss ni.... gudnite sumer... pape esok nnt aku cek kot2 ada yg salah... hhehehhe.. acah jer.. byee...

6 comments:

Fiza Nordin said...

sodapnyo nampak sup mak milah tu...empp klu tgh lapo ni apo2 pun nampak sodappppp
arini malazzzz masakla...makan ho liou mee udang je... hahaha

Anonymous said...

betul2 ho liou ...

A.I said...

mmg musim batuk selsema la skang ni.. ;(

masz_73 said...

pija... mmg ponnn... ishhh lamo akak x mkn ho liou mee udang!!..:P

masz_73 said...

idzaRis.. hmmm.. bertambah ho liou sbb ada lada hitam tu.. try arr :)

masz_73 said...

ai.. tu larr pasal... boring giler kan kalo dapat sakit.. :( nasib baik akak cpt sembuh ari tu..Alhamdulillah... :)