Wednesday, January 7, 2009

MEE HAILAM


Permintaan seorang IBU kepada ANAK... perasan x apa maksud title kat blog aku ni!?.. haaa.. itu ler antara makna ANAK.. ialah aku seorang ANAK kepada Mak & Abah aku.. dan jugak ANAK menantu kepada Mak Mertua aku.. :) yg lain2 tu..uol pikir sendiri larr ek! :P

Bonda kesayanganku datang malam Ahad lepas ikut my bro yg duduk sini tu.. (dia balik kampung sabtu lepas..) so, isnin tu my bonda duduk wit my sis yg kebetulan cuti sbb menguruskan anak2 kesekolah.. tetiba my sis tipon kata mybonda x lalu nk makan nasi.. dh belikan mee rebus tapi x sedap katanyer.. terrrringginnnn nak makan mee hailam... :)

So sebab aku ni kan ANAK yg solehah.. (insyaallah..) balik jer keje.. trus pi carik bahan2 nk buat mee hailam yg aku rasa x de stok kat umah.. Alhamdulillah.. my bonda makan dengan berselera sekali... myKing pon perasan MIL dia makan semangkuk mee hailam tu.. ehehhehe.. my bonda kata.. lebih sedap dari yg selalu beli kat kedai tu.. ntah pape yg dia letak pastu cair jer.. waaaa... kembang sebowl ler jadinyer siAnak ni..muahahhaha... bule bukak kedai nih!! :P

Oh ya..resipi mee hailam aku ni.. paaaling simple dan sonang bai tu! berpandukan resipi AH MAT GEBU (toce sifu.. ) kalo x de kat matnyer blog, sila cari disini tapi sbb matnyer lebih sofistikated... ahakss.. aku telah menyimplekan lagi resipi tu... kalo sesapa nk cuba sila larr...



Bahan2
  • 1 peket mee kuning
  • 800ml air
  • 3 keping daging ayam (yg ada tulang sikit - keluarkan isi dan dihiris nipis, tulang pula dipotong kecil utk buat sup)
  • 10 ekor udang - lebih pon ok
  • 1 kiub ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk & dicincang
  • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sdk minyak bijan - sowiiiii yg ni tertinggalllll...lupa daa, baru edit (8.1.09)
  • 1 sdb tepung jagung - bancuh dgn sedikit ait utk pekatkan kuah
  • garam & aji - jika perlu
  • sayur sawi
  • 1/2 batang carrot - dipotong
  • 1/2 biji capsicum merah/cili merah
  • daun bawang/sup *
  • bawang goreng *
  • cili jeruk - penyedap selera *

Cara2
  • Goreng/tumis bawang putih & bawang besar/merah hingga kekuningan kemudian masukkan tulang ayam
  • kemudian masukkan air, biarkan mendidih -+ 10 min dgn api yg perlahan- bole tambah air jika berkurangan - tulang ayam boleh dikeluarkan atau biarkan shj
  • kemudian masukkan kicap, sos tiram & kiub ayam - kemudian rasa, jika perlu boleh tambah garam & aji
  • masukkan daging ayam & udang diikuti dgn carrot, sawi, capsicum
  • akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, bila sudah pekat, masukkan mee kedalam kuah tadi utk seketika (-+ 1 min) dan bolehlah dihidang dengan meletakkan bahan-bahan sampingan diatas (*) - makan segera... jika tidak, mee dicelur dahulu dan bila mahu makan panaskan kuah shj.

No comments: