Friday, January 29, 2010

SUP TULANG/DAGING MERAH


Akhirnya.. tertunai sudah niat nak hirup sup daging/tulang merah ni.. ala2 bone steak tp ni lebih cair & x de bahan sampingan.. sedap jugak! sesekali makan/hirup sup warna merah cenggini kan!.. mekasih banyak2 kat Ros yg baru pindah ke Osaka nun yang mengwar2kan resipi ni.. resipi asal oleh KAK AINI.. (sape ek? maap lom berkenal2an lagi la.. ) tp mekasih banyak2 ye kak aini.. kak ke? ngeee...

Meh tengok bahan2nya ye... (C&P dari umah dak ijah bini ninja.. macih ye.. )

SUP TULANG/DAGING MERAH

Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-caranya

1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.


Jom buat... kat sini leh tengok gambo jer.. nak tau rasa dia.. buat sendri loooorrrr.. :P


1 comment:

Papa-NtiQ said...

cakap pasal sup tulang merah nih, saya baru jer upload pics kat blog saya masa gi makan kat Beach Road Gardens Singapore. Best sangat. 15 ketul habis sekelip mata hehe. Sedut punye sedut sampai pening di buat nye.

Senang2 tu singgah la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan jer 100% takder topik lain. Kebanyakan nye di area JOHOR maklum la orang JB.

Jangan lupa follow blog saya tau TQ TQ TQ...