Saturday, November 14, 2009

KISAH BONDAku



bonda kesayangan kami sekeluarga



ALHAMDULILLAH.. aku bersyukur kehadrat Illahi kerana mendengar rintihan hambanya yg tidak berdaya ini.... begitu juga terima kasih atas ingatan dan doa kawan2, Alhamdulillah.. mak aku beransur pulih- boleh duduk (atas katil) tp masih belum dapat bangun berdiri sendiri, percakapan pun masih belum jelas & badan masih lemah.. Insyaallah.. aku masih terus & tidak berhenti berdoa agar mak kembali seperti dulu.. sekurang2nya boleh berdiri sendiri. Terima kasih semua...


camni ler mak dihari kedua, duduk pn masih senget.. baju biru tu k.ndak (andak)

Oh ya!.. akhirnya pada malam (isnin) tu.. dalam jam 8.30mlm aku 3 beranak balik ke Johor tanpa zery sbb dia masih ada 2 paper lagi hari selasa & rabu. zery aku tinggalkan atas jagaan jiran sebelah rumah, menumpang tidur & makan shj.. terima kasih Ila & shahdan.. budi baik mu kukenang... sebelum aku keluar rumah malam tu, kngah talipon kata mak yg siangnya masuk ke emergency wad telah sedar - separuh sedar - dia baru shj dapat masuk tengok mak. Awalnya tengahari tu kngah & kTeh telah membawa mak & abah balik kerumah kngah di JB, semasa dalam perjalanan (ulu Tiram) seluruh badan mak tetiba mengeletar, lidah kelu & mata naik (npk yg putih jer) kelam kabut mereka ketika tu.. kngah terus memecut laju ke Hospital terdekat iaitu Hospital Sultan Ismail JB, disana mak dimasukkan ke emergency wad. Bila aku dengar berita mak telah sedar, hati aku lega sedikit dan terus memandu pulang ke JB malam tu juga.


ni abahku.. (muka garang sehh :) )

kami tiba dirumah kngah diJB lebih kurang jam 12 tengahmalam.. dan mendapat tahu mak pun baru juga sampai dari Hospital - doktor membenarkan mak dibawa pulang malam tu juga?!.. hmmm... pelik jugak aku, camner doktor boleh membenarkan mak aku dibawa pulang selepas dirawat bbrape jam shj dihospital, padahal masa aku tengok keadaan mak, sedih sgt. dia terlalu lemah, perlu diangkat beramai2 oleh anak2 & menantu2 yg ada utk kebilik air, malahan tidak boleh mengangkat tangan pun ketika tu. pelik sungguh aku doktor bagi balik!!?? my big bro kata masa dia sampai dihospital malam tu, terus dipanggil utk bawa mak pulang, katanye mak dah ok boleh balik - tiada penerangan lanjut ttg kesihatan mak oleh doktor - agaknya macam tu ker layanan doktor kat hospital kerajaan ek? :( tp x per larr.. sekurang2nya senang jugak kami adik beradik mnjaga mak dirumah banding dengan dihospital kan!.. anak cucu nak tengok pun senang tiada had masa :)


antara para misi & atenden yg bertungkus lumus merawat mak :)

Mak aku didapati kekurangan gula & tekanan darah terlalu rendah sbb tu dia mendapat hypo ketika dibawa kerumah kngah aritu. Pada ingat kami kencing manis & tekanan darah mak tinggi sbb tu dia jatuh kat rumah subuh tu, dulu dia penah mendapat mild stroke.


kelihatan kteh (bj biru) , kngah (kotak2 merah/putih) & big bro
sedang membuat pemeriksaan keatas mak - tekanan darah tinggi & kencing manis


Alhamdulillah... akhirnya sehingga hari ni, aku mendengar khabar mak semakin pulih tetapi masih lemah dan dengarnya dah 2 kali kepalanya terhantuk ke dinding sbb dia bangun sendiri tanpa bantuan anak2 - kami anak2 yg tinggal jauh di kajang & KL balik cuti 2 - 3 hari shj sbb masing2 ada urusan masing2 juga kan - skunk mak dijaga oleh Kteh, kngah & abg cik bergilir2 dirumah kngah.

Doa kami semoga mak cepat sembuh seperti dulu.. amin...

6 comments:

hazeleyed lady said...

kak hazeleyed doakan agar mak masz73 segera sembuh.Take good care of yourself too.

Azie said...

kita doakan agar mak akak sihat pulih spt sediakala...amin..amin...

Unknown said...

salam..semuga bonda kamu cepat sembuh..

masz_73 said...

k.hazeleyed,
trima kasih byk2 atas doa & ingatan akak, tu ler kan.. org yg sehat ni pon kena jg kesihatan jugak kan..:)

azie,
Thanks zie, skrg mak akak bransur pulih, moga dia leh jln spt dulu balik.. Insyaallah.. amin :)


kakinaKL,
wslm, mekasih kak.. moga doa akak dimakbulkan.. amin... :)

Fiza Nordin said...

salam k masz...kerisauan yg sedang akak alami telah saya lalui sebelum ni. arwah mak saya pun kencing manis sampai insulin lagi.sekarang mak saya dah tiada.kekadang biler lihat gambar dia,rasa mcm tak percaya yg diri ni dah tak beremak...tertanye2 sendiri,betul ke mak aku dah meninggal...?heheheee
tapi biler kenangkan sakitnya tu, rase redha dgn pemergiannya...

semoga mak akak cepat sihat dan kembali ceria...

A.I said...

Syukur mak akak dah beransur pulih. Ohoo..hypo rupanya. ai pon penah kene kak. doc ckp, kalau ai pensan masa tu kemungkinan besar boleh koma dan terus 'gone'! huhuhu...

semoga mak akak akan trus sembuh..dan sembuh lagi ye...